Friday 1 April 2016


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kami dari Politeknik Seberang Perai,Jabatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,DIP2A,Ingin berkongsi ilmu yg kami mempelajari di sini,Ahli kumpulan kami terdiri 4 orang pelajar iaitu

Muhammad Sabil Najhi bin Khairul Anuar  -10DIP15F1062
Muhamad Najmi bin Muhamad Zabidi     -10DIP15F1022
Mohd Haziq bin Mohd Zaidi                -10DIP15F1087
Muhammad Fakrullah bin Mahat               -10DIP15F1090

Klik Gambar Untuk BesarKan

Thursday 31 March 2016

FENOMENA TAKSUB LAMAN SOSIAL DIKALANGAN REMAJA

MUQADIMAH      
Laman sosial kini menjadi pengantaraan kepada seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman sosial dapat menghubungkan individu tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain. Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman sosial yang popular dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Instagram, Myspace and lain-lain. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.

     Dengan adanya laman sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi. Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.Selain dapat memberi kelebihan atau kebaikan kepada pengguna, laman sosial juga dapat memberi kesan yang negatif kepada pengguna yang menyalahgunakan laman sosial ini. Penggunaan laman sosial yang melampau dapat menyebabkan ketaksuban. Taksub kepada laman sosial bukanlah benda baru yang di Negara kita, sering kita terdengar tentang isu-isu hangat dan merosakkan imej rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam di Negara ini. 
      
       Selain itu, dengan ketaksuban ini juga membuatkan pengguna gemar memuat naik atau berkongsi berita palsu sehingga dapat membuka aib seseorang itu.Dewasa ini, remaja sering mengamalkan sikap acuh tak acuh terhadap etika-etika dalam menggunakan laman sosial. Tak kira la remaja atau golongan pengguna bagi laman sosial juga mestilah mengikuti etika bagi laman sosial ,dngan mematuhi etika akan lahirlah akhlak yg baik kpd pengguna. Selain itu, remaja juga haruslah menanam sifat wasatiah dalam diri mereka kerana apabila wujudnya dlm diri seseorang itu , mereka tidak akan sama sekali menggunakan laman sosial secara berlebihan. Bak kata ustaz azhar idrus bermainlah dengan secara sederhana tapi jangan sampai jadi najis.

Saturday 19 March 2016

IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL SECARA BERETIKA

       Dapat berkongsi ilmu pengetahuan
-          Melalui laman sosial umat Islam dapat berkongsi dan menimba ilmu agama dengan mudah, malahan dapat berbual bicara bersama ustaz-ustaz tentang sebarang persoalan. Sebagai contoh mereka boleh menggunakan atau melayari laman sosial seperti blog untuk mencari ilmu atau menimba ilmu. Tidak kiralah ilmu dunia ataupun akhirat.
       Mudah untuk berkomunikasi
-          Pengguna laman sosial dapat berkomunikasi antara satu sama lain, terutamanya para pelajar melakukan perbincangan. Sebagai contoh, kita dapat menggunakan applikasi ‘whatapp’ untuk berkomunikasi dengan orang yang berada berjauhan dengan kita. Selain itu, kita juga boleh menggunakan applikasi ‘skype‘untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan dapat melihat riak wajah masing-masing. Dengan ini, ia dapat meningkatkan atau mengeratkan hubungan silaturahim dengan rakan-rakan mahupun ahli keluarga.
       Mengetahui tentang isu-isu semasa.
-          Laman sosial bukan sahaja digunakan sebagai hiburan yang melalaikan semata-mata. Ia juga berguna sebagai pewarta berita yang memberitahu tentang isu-isu semasa yang berlaku disekeliling. Ia dapat mengelakkan kita daripada menjadi seperti ‘katak dibawah tempurung’ yang tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di luar sana. Selain itu, kita juga dapat mengambil pengajaran atas apa yang berlaku di luar sana atau di negara lain. Sebagai contoh, negara yang sedang bergolak sehingga rakyat hidup dengan keadaan takut dan lemah.
       Peluang perniagaan

-          Para peniaga dengan mudahnya dapat mempromosikan hasil jualan dan premis-premis mereka melalui medium laman sosial. Bukan itu sahaja, para peniaga ini tidak dikenakan sebarang caj ketika hendak mengiklankan sesuatu. Ia dapat memudahkan peniaga untuk berniaga di mana sahaja ia berada. Sebagai contoh, seorang wanita sedang menjalankan perniagaan menjual tudung. Dia tidak perlu bersusah payah untuk membuka kedai untuk menjual tudungnya, dia hanya perlu menyediakan stok tudung itu dan hanya perlu poskan di pejabat pos kepada pelanggan yang mahu membelinya.  

Friday 18 March 2016

IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL


       Mudah diperdaya dengan berita palsu dan fitnah

-          Pengguna laman sosial perlulah berwaspada apabila membaca berita tentang sesuatu, berita itu perlulah benar dan bukanlah fitnah. Laman social ini kebanyakan digunakan untuk menyebar berita yang palsu atau fitnah. Jadi, kita haruslah mengkaji dahulu sebelum berkongsi atau menyampaikan kepada orang lain. Dengan ini kita dapat menjaga nama baik diri mahupun orang lain.

       Tempat memuaskan nafsu

-          Ramai pengguna laman sosial sekarang ini menggunakan laman sosial sebagai tempat untuk melakukan dosa, dengan memuat naik gambar yang tidak menutup aurat, membuat status yang berunsur fitnah, dan sebagainya. Ini dapat menyebabkan kita mudah unutk mendapat dosa dengan memuat naik atau berkongsi gambar kita yang tidak menutup aurat. Selain itu ia juga dapat menimbulkan fitnah dan mudah untuk seseorang itu melakukan maksiat atau menaikkan nafsu syahwat seseorang yang melihat gambar tersebut.

       Melalaikan umat Islam

-          Sebahagian besar pengguna laman sosial ialah remaja, kebanyakan dari mereka menggunakan laman sosial untuk melakukan maksiat dan kemungkaran kepada Allah SWT semata-mata. Ini disebabkan laman sosial  ini menyebabkan kita mudah lupa kepada Maha Pencipta. Sebagai contoh, seseorang itu melayari akaun laman sosialnya sendiri sehingga tidak sedar yang dia telah terlepas atau meninggalkan solat fardhu. Kebersihan diri juga akan terabai jika terlalu asyik dengan melayari laman sosial ini.

       Perdebatan kosong


 Perdebatan kosong dimana dua orang yang mempunyai ilmu tidak cukup dan berbalah tentang hal-hal agama, tetapi sebenarnya kedua-duanya tidak tepat. Ini juga dapat membuatkan seseorang itu keliru tentang agama. Perdebatan kosong ini juga membolehkan dua individu ini berbalah sesama sendiri kerana rasa tidak puas hati dan tercabar. Selain itu, ia juga dapat membuka aib seseorang itu kerana berdebat tentang ilmu agama sedang ilmunya belum cukup ataupun mantap untuk berdebat dengan orang lain.

Thursday 17 March 2016

ISU-ISU BERKAITAN

ISU 1
                Salah satu isu yang pernah atau sering kita dengar iaitu ‘kes penceraian’ melalui laman sosial ‘Facebook’. Isu ini sangat diberi perhatian oleh masyarakat malah dikritik kerana telah mencemarkan imej umat Islam. Kerana asyik melayan ‘Facebook’ sehingga orang yang tersayang pun terabai. Penceraian ini juga berpunca daripada curangnya seseorang itu dengan pasangannya.isu ini kerap berlaku di Malaysia. Antara punca kenapa berlakunya perkara sebegini adalah kerana iman individu tersebut yang rapuh dan tidak teguh. Selain itu, ia juga berpunca kerana pasangan ini tidak mahu duduk semeja dan berbincang tentang masalah yang sedang berlaku. Mereka sering mengambil jalan mudah dan mengambil ringan atau enteng tentang hal ini. Isu ini dapat dielakkan dengan memberikan ajaran yang lebih kepada individu tersebut untuk keteguhan imannya. Kita juga perlu mengamalkan sikap Tawazaun ataupun keseimbangan iaitu bahagi masa dengan baik. Jika kita bersama dengan keluarga, kita tinggalkan apa yang tidak perlu dan isi masa tersebut dengan baik.

ISU 2
Isu lain yang kita pernah digemparkan melalui media sosial ialah ‘penipuan kes penculikan’ oleh seorang pelajar wanita yang dipercayai telah diculik tetapi sebenarnya si pelaku melakonkan dirinya sebagai mangsa. Majoriti rakyat Malaysia telah tertipu dengan tipu helah penjenayah ini sehinggakan anggota polis yang ditugaskan untuk mencari mangsa ini turut tertipu. Antara punca yang menjadi penyebab kepada isu ini ialah ‘taksub laman sosial’ kebanyakan pengguna laman sosial sekarang tidak mengendahkan undang-undang agama demi publisiti dan populariti, sehinggakan sanggup berjumpa dan berdua-duaan dengan pasangan yang baru dikenali melalui media sosial.  Kerajaan perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya dan berkeras tentang pergaulan antara lelaki dan wanita muslim di Negara ini. Selain itu, ibu bapa hendaklah mengawasi anak-anak mereka agar tidak melakukan perkara yang tidak kita inginkan. 

ISU 3
                Pernah juga kita dengar tentang isu ‘rogol dan rompakan’ yang berlaku berpunca dari media sosial. Isu ini terjadi apabila seorang wanita khususnya telah berkenalan dengan seorang jejaka melalui laman sosial. Mereka berkenalan tidak lama, cuma beberapa minggu sahaja. Kemudian jejaka ini menghantar mesej kepada wanita tersebut untuk membuat temu janji dan berjumpa, tanpa berfikir panjang wanita tersebut menerima ajakan tersebut. Lalu pergilah wanita tersebut ke tempat yang ditetapkan dan pada masa yang ditetapkan untuk temu janji tersebut. Namun begitu, wanita itu dirompak dan dirogol kerana termakan tipu helah jejaka yang dikenalinya itu. Hal ini terjadi kerana kurangnya kesedaran masyarakat tentang bahana laman sosial. Ini juga kerana wanita tersebut terlalu taksub dan mudah terpedaya dengan kata-kata manis jejaka tersebut. Jalan mudah untuk mengelakkan masalah ini dari berulang ialah dengan menerapkan sifat ‘anti-zina dan anti-maksiat’ dalam setiap diri umat Islam. Memperbanyakkan majlis-majlis ilmu yang melibatkan golongan remaja di mana-mana sahaja mahupun di kolej. Dengan ini, kita dapat mengelakkan mereka daripada tergolong dalam gejala ini.

ISU 4

                Yang terakhir isu yang paling panas tapi masih tidak dapat diselesaikan ialah ‘kemerosotan prestasi pelajar’. Ya, ‘Pakatan Ibu Bapa dan Guru’ memang tidak asing dengan isu ini. Kebanyakan pelajar di era pemodenan ini memang tidak dapat dipisahkan dengan gajet dan laman sosial masing-masing. Ini kerana gajet dan laman sosial ialah satu keperluan kepada pelajar untuk memudahkan proses pelajaran mereka. Akan tetapi, sebilangan besar daripada pelajar ini menggunakan laman sosial ini untuk perkara yang tidak berfaedah, contohnya bermain game di ‘Facebook’ sehingga pelajaran mereka terhindar. Kerana ketaksuban mereka kepada laman sosial ini, ada yang terikut dengan budaya tidak sihat contonhnya ‘Punk’,’Skinhead’, dan sebagainya. Isu ini berpunca dari rumah pelajar itu sendiri, begitu juga kawan-kawan yang pelajar itu gauli. ‘Pakatan Ibu Bapa dan Guru’ perlulah memberi perhatian yang lebih terhadap anak pelajar ini, bukanlah mementingkan wang gaji berbanding anak sendiri.

Wednesday 16 March 2016

RUMUSAN

           Dengan ini kita dapat melihat dengan jelasnya bahawa laman sosial akan memberi kesan positif dan negatif kepada seseorang dengan cara penggunaannya. Semua anggota masyarakat tidak kira peringkat umur atau pihak atasan perlulah mengambil inisiatif untuk membendung masalah ini  dari terus menular dengan lebih serius ini boleh dikaitkan dengan bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Selain itu,  pihak ibu bapa juga perlulah mendidik atau membimbing anak dari kecil seperti orang tua-tua pernah berkata “melentur buluh biar dari rebungnya” ini kerana anak yang kecil diibaratkan kain putih yang putih lagi suci dan ibu bapa lah yang mencorakkannya.

                Pihak atasan jugak mestilah menyediaan payung sebelum hujan dengan menguatkuasakan undang terhadap penyalahgunaan laman sosial. Manakala remaja perlulah sentiasa beretika ketika menggunakan laman sosial agar tidak berlakunya sesuatu perkara yang tidak diundang dan ini kerana remaja adalah genY kepada negara.


                Akhir sekali, remaja juga adalah salah satu asset negara kerana remajalah yang akan menaungkan dan memimpin negara di masa hadapan. Dengan ini, kita mestilah berpegang kepada prinsip dan etika yang baik demi menjaga nama baik diri, keluarga, masyarakat dan negara. Inshaa-Allah, negara kita akan hidup dengan aman dan makmur dengan mengamalkan amalan yang baik.